Friday, July 2, 2010

Kawan anda tinggalkan Twitter.. kenapa?


twitterbox

Bila kita bercakap pasal Twitter, mungkin ada rakan yang bertanyakan apa ke jadahnya Twitter tu. Kita pun apa lagi, mula la bercerita Twitter itu Twitter ini, promote dan bagi tahu cara-cara nak tweet. Diorang pulak akan register, add dua tiga rakan yang mereka kenal dan mula tweet. Lepas dua tiga jam, diorang blur, bosan dan tak tau apa lagi nak tweet.

Then diorang tanya balik;

  • Apa aku nak tweet lagi ni?
  • Dekat sape aku nak tweet?
  • Ada ke orang baca ni?
  • Eh tweet tu apa?!
  • Ala.. Baik aku main Facebook je!

Betul? Hahaha.. Mungkin ini puncanya..

Diorang add kawan rapat

…atau mungkin dia cuma add kita sorang je! Diorang ni masih baru, so kita yang dah tegar ni perlulah recommend orang-orang yang patut di follow. Suggest few people, hah mungkin tak semua yang kita cadangkan tu sesuai bagi dia. Ajar dia macam mana nak follow dan un-follow.

Ingat, Twitter ni tak ada rules kena follow balik. So terpulang kat kita nak tentukan sape yang best, sape yang hampeh.

Diorang add ramai sangat artis

Sekali lagi, tak semua tweet daripada seseorang tu sesuai bagi kita. Memang la kita nak tau perkembangan artis-artis atau orang-orang besar, lagi-lagi pasal gossip dari mulut err jari dorang sendiri tapi kalau dah penuh timeline dengan tweet diorang je, sape-sape pun akan rasa menyampah.

So buat user baru, cuba follow dulu mereka ni, tapi bila rasa macam over, pandai-pandailah delete. Atau pun gunakan Twitter List.

Diorang guna official web Twitter

Masa awal-awal dulu pun aku rasa bosan dan susah bila gunakan web Twitter ni sampailah aku tau pasal desktop application Twitter. Bukan tak boleh gunakan web Twitter tu cuma tak dapat la live update notification macam guna application.

Tweetdeck, Seeismic, DestroyTwitter adalah antara desktop application yang boleh di muat turun download. Free je.

twitter-hate

Ajar diorang guna Twitter List

Hmm actually tak guna Twitter List tu pun tak pe. Kalau nak gunakan function Group dalam application pun boleh jugak. Apa yang perlu dibuat ialah filter setiap user tu mengikut group. Contoh group yang boleh dibuat adalah seperti Artis, News, Kawan, Family etc. So takde lah semak sangat timeline kita. Tau kan filter tu apa~

Diorang jarang online

Sape kata Twitter ni kena guna Internet je. Nak hantar tweet guna SMS pun boleh. Sini ada satu perkhidmatan SMS untuk hantar tweet. Tak mahal mana pun. Sesuai untuk kepochi benda penting yang berlaku kat sekeliling kita macam tetiba pulak Pusat Pakaian Hari-Hari ada sale 90%, atau Ariel Peterporn tetiba dilepaskan. Yelah, nak kepochi kat Facebook tak sempat, bukan semua orang ada iPhone kan?

Tips: Nak update status Facebook melalui SMS? Register dekat SupaSync ni dan send SMS ke Gladlycast untuk update status Twitter, tapi jangan lupa sertakan sekali keyword #fb. Secara otomatisnya status Facebook korang akan terupdate. Clap clap!

Diorang takde follower

Sebab takde follower so diorang rasa tweet diorang tu tak penting. Betul lah kan, buat apa nak buang masa tweet kalau takde sape nak baca. Tapi bagi aku, selama aku guna Twitter ni, aku tak pernah pun rasa perlu ada follower yang ramai. Yang aku utamakan cuma tweet dari orang lain, yang mana aku rasa penting dan berguna.

Diorang berborak la pulak

Adoiii ini memang salah guna la. Aku memang pantang benda camni. Kalau nak borak, baik guna Yahoo! Messenger atau MSN. Kecuali lah kau ni Steve Jobs and orang lain suka dengar topik yang korang bincangkan. Atau ngumpat kau.

-----------------------------------------------------------------------

Kesimpulannyaaa!!

Twitter ni sebenarnya akan menjadi menarik bila ada info atau benda kelakar yang seronok dikongsikan bersama, dan kita sebagai penerima pulak akan sebarkan benda tadi kepada follower lain. Bila orang nampak tweet kita penting dan berguna, mestilah dia nak follow.

Ingat, semua benda tak datang bergolek. Blog nak maju pun kena mula dari bawah. Apatah lagi benda pelik macam Twitter ni. Lain lah kalau kau ni artis, itu memang la jatuh dari langit berguling-guling.

Satu benda kena ingat. Setiap orang ada citarasa sendiri dalam memilih waw!. Mungkin Twitter tak sesuai untuk sesetengah orang sebab banyak lagi site yang boleh jadi tempat share info macam Facebook etc. Ini cuma pendapat aku, terpulanglah nak setuju atau tidak. Benda baru kalau tak dicuba, mana nak tau sedap ke tak sedap. Tapi tak perlu lah nak ada satu semata-mata nak ikut trend. Just be yourself okay? (:

P/S: Terlebih menaip la pulak. Mintak maaf!

About Me

My Photo
  • Malaysian
  • Gadgets
  • Fedora, Ubuntu
  • FC Barcelona + Arsenal (not this season sadly)
  • Anything regarding Samsung Galaxy Nexus (GNex), HTC Desire HD & HTC Wildfire
  • Fast metal core music
  • Favours tau foo fa on hot weather
My updates will be mostly in English and Malay. Understands a lil bit Deutsch. Just giving you an early warning for what's coming :p In case you're seeing alien language in comments; that's Malay :)

P/S: I do believe those who joined Google+ understand the concept of Circle. I might circle/follow you if your contents are to my liking and vice versa. No hard feelings yah?

Total Pageviews