Minggu ni agak teruk bagi aku. Betul, satu sebab tak sihat, perut aku asyik buat hal. Entah kenapa, aku salah makan ke atau memang angin dok mai. Aku tak pernah kena gastrik so tak tau la camne rasanya. Nak kata angin, dah seminggu kot puasa. Err tak kisah la mana satu pun, Alhamdulillah perut dah semakin okay even aku still ada sikit² rasa nak beranak.
Tu cerita perut. Tak la berat sangat pun kalau banding dengan cerita satu lagi ni. Mungkin tak semua tahu aku ni hasil gagal JPA. Aku takde plak kepoh cerita dekat semua orang kecuali kalau mereka yang tanya. Yela umur dah 23 tahun, pastu belajar dekat Uniten as fresh degree student, sekelas pulak dengan batch 2 tahun lagi muda daripada aku. Sah² la diorang wonder apa ke pelik budak sorang ni.
Ada la setahun setengah aku belajar dekat Jerman tu. Kenapa sekarang Uniten? Aku kantoi paper Statik. 3 kali resit 3 kali jugak gagal. Yep aku memang loser. 3 kali gagal untuk satu² subjek berturut² bermakna akan kena buang Fachhochschule (FH). FH tu kira tahap politeknik kat sini, lebih kepada praktikal berbanding teori semata-mata.
Mengikut JPA, sepatutnya lepas 2nd try kena bagitau diorang untuk ditukarkan FH ke negeri mana² la selain Niedersachsen tu. Tapi aku tak tau kenapa aku teruskan jugak sambung dekat FH Osnabrueck dan amik 3rd try untuk paper Statik. Again, gagal.
Nak tukar sekarang, dah terlambat sebab FH dah hantar surat. Nak tak nak aku terpaksa akur, balik ke Malaysia dan sambung belajar kat sini. Tapi takde lagi biasiswa daripada JPA. Bukan tu je, kena bayar balik segala perbelanjaan JPA bagi kat aku sepanjang aku duduk Jerman. Sebulan 967euro. Setahun setengah. Banyak tu la.
Memang tak terbayar kalau nak diikutkan. Tapi family kata study, sambung belajar dekat mana² pun tak kisah la asalkan ada sijil nak buat kerja. Even mak lang aku support yuran semester pertama dekat Uniten. Kalau nak kerja pun bukan aku ada sijil apa² kecuali sijil SPM. Tu pun dah expired agaknya.
JPA hantar surat few months back, tuntut ganti rugi sebanyak RM29k. Kitorang gembira sangat², sebab kalau diikutkan jumlah sebenar yang perlu ditanggung mencecah RM90k. Itu kalau dikira sekali belanja persediaan di Intec UiTM Shah Alam. RM29k.. Still alot. Keluarga aku bukan la senang mana nak bayar terus macam tu. Berkat menabung kecik², ada la sikit duit dalam ASB aku, cukup untuk bayar ansuran bulan² lepas kerja nanti even ambil masa 20 tahun.
20 tahun pun tak pe la asalkan hutang dapat bayar. Hidup diteruskan macam biasa. Tapi bak kata orang langit tu tak selalunya cerah. Lagi sekali ujian datang. JPA hantar surat semalam, mohon maaf kerana jumlah yang dituntut sebelum ni adalah salah. Tersilap kira, kata mereka.
Rm94k. Itu jumlah sebenar. Betullah kiraan kami dulu. Elok je lepas habis buka puasa abah call beritahu hal sebenar. Aku dah lemah semangat, handphone dah tak boleh nak genggam dah. Abah dan mami mesti la lagi teruk. Aku tau blood pressure abah mesti naik.
RM94k.. mana nak cari. Masa tu dah terbayang dah kata² pakcik aku, nak bayar balik semua tu terpaksa la jual rumah, kereta, semua asset yang family aku ada.
Memang betul, kami tak punya banyak benda. Even orang kata aku loaded, pakai barang mahal, pakai kereta.. Itu semua pemberian orang. Tak mungkin aku nak beli sendiri. Lagi pulak sekarang ni dekat IPTS, yuran satu sem jangan nak katalah murahnya.
Parents aku pergi JPA Putrajaya pagi tadi, bertanyakan sebab dan jumlah sebenar. Nak kepastian, kata abah. Surat rayuan pengurangan dan bayaran ansuran dah tersedia sekali. Aku sepatutnya pergi sama tapi disebabkan ada kelas, parents aku cuba dulu. Aku risau gila sebab ada jugak budak batch aku balik sama tapi JPA tak kasi langsung pengurangan, disuruh pulak mula bayar ganti rugi sekarang.
Tengah aku tahan sakit perut, abah SMS. Memang betul jumlah tu. Tapi JPA akan pertimbangkan pengurangan dan bayaran ansuran, mungkin dapat kurang sehingga 70%. Ada syarat² dia rupanya. Kalau kelemahan akademik, memang diorang kasi kurang kecuali ada masalah disiplin. Mungkin sebab tu kawan aku tu tak dapat kurang.
Ada lagi harapan.. Buat masa sekarang ni cuma dapat berdoa je dan tunggu jawapan daripada JPA. Kalau la dapat sampai 70% diskaun tu, hutang aku jadi balik ke nilai asal: RM29k.
Buat masa sekarang ni tu je aku harapkan. Minta maaf kalau aku ada melenting minggu ni, mungkin emosi sikit.
Neway aku suka wallpaper untuk bulan ni. Even lambat sikit sambutan merdeka :P Kudos to Negaraku.net.