Thanks ah

Semalam agak menggembirakan hati kecil even though demam aku makin teruk. Aku benci hidung berlari, hm semua orang pun tak suka kot. Demam & batuk aku tak kisah sangat, sebab paling teruk pun demam tu badan lemah² je & otak agak lem tapi selesema..? Annoying habis. Nasib baik tadi paper Linear Algebra je, takde la rushing sangat nak siapkan macam subject lain.

Mami call bagi tau surat JPA dah sampai. Guess what? JPA luluskan discount bayaran balik scholarship, daripada RM94k sekarang jadi RM23k. Huuuuuuuu sangat lega. Orang kat Alamanda malam tadi mesti pelik je aku bersorak macam monyet. Eh tapi takde la kuat sangat. Kot. Tapi diorang mintak bayar 10% sebelum hujung November kalau tak silap, which is around RM2k, hoho tak kisah la. Dapat pengurangan tu yang paling penting.

Hari apa ntah aku bang kereta orang. Konon nak pergi isi minyak, masa on the way keluar ke highway, ada van apek ni kejap slow, kejap berenti, macam orang tengah cari jalan. Dan dan pulak masa tengah ram minyak naik bukit van tu slow kaw² then berhenti kat tepi jalan. Biasa la orang macam ni mana reti nak bagi signal ke hape. Dah la brek satria aku tak makan, habis aku langgar kereta depan. Nasib kereta mamat tu scratch kat plate je tapi satria kena teruk gak. Cikainya body satria neh! Gen-2 mamat tu kebal gila. Hoo first accident sejak dapat lesen. Plate kopak, bumper, lampu kanan & grill lari. ASB here I come.

accidentbangboom

PTPTN dah masuk hoyeah, hmm guna duit tu je la bayar hutang² aku huhu. Beli handphone hari tu pun guna duit mami. Ramai tanya kenapa tak suruh parents aku je sponsor itu ini. Mungkin ego atau mengada-ngada pada sesetengah orang tapi bagi aku biarlah aku yang susah. Umur dah 23 tahun kot, member sebaya aku mostly dah grad, dah kerja & dah ada income sendiri. Aku je terhegeh² hakhak.

Satria tu pun aku dah anggap macam kereta sendiri, even scratch sikit aku dah kecik hati. Bawak kat area universiti ni memang penuh cabaran. Yela kalau aku bawak baik² pun tak semestinya budak² yang baru dapat lesen P ni reti bawak. Drive nak laju je, tapi parking tak reti. Ada je calar kat bumper aku, kes langgar lari la ni. Parking semua nak dekat² je, apa salahnya reverse sikit, kasi lurus kereta tu sebelum ko keluar kereta.

Sejak aku mula guna, servis & minyak semua aku tanggung sendiri. Susah memang susah tapi mana ada benda senang² jatuh berguling. Bila guna duit sendiri baru kita tahu nak menghargai. Orang lain takkan rasa apa yang kita rasa selagi diorang tak alami sendiri, itu aku tak nak cakap apa². Dah ada kereta sendiri nanti dia faham la. Masing² dah besar panjang, takkan semua benda nak kena tegur, nak kena bagi tau. Sendiri pikir la, kan Nabil?

Bak kata abah sekali lagi; bukan senang nak cari duit. Rezeki & luck itu lain cerita.

PS: BTW aku benci tagline “lu pikir la sendiri” tu. WTH.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails