Lepak library lagi hari ni, nasib baik ruang belajar kat atas buka, tapi still panas. Antara Uniten ni saving air cond atau memang cooler dia rosak. Tapi aku nak assume saving. Ah aku tak kira. Lepak punya lama tapi berapa kerat je latihan aku dapat buat. DE oh DE.. Sunyi betul Uniten ni, aku rasa ramai gila balik, bak kata Zul: mungkin nak amik restu mak ayah. Oh.
Lunch tadi aku turun awal, gatal tangan nak check air & minyak hitam sementara tunggu Aiman bersiap. Nasib baik aku gatal, rupanya minyak enjin dah cecah paras MIN, aku agak pelik sebab last week aku baru check. OK je. Aku check lantai takde pulak apa-apa minyak bocor. Mungkin sebab hari tu aku check sambil enjin dah dihidupkan, sebab tadi aku tak hidupkan pun.
Itu tangan Zul bersama enjin V8
Apa-apa pun melayang la RM100 sebab beli minyak enjin baru. Boleh pulak area Bangi ni minyak yang aku cari, 15W-40, dah habis. Yang tinggal cuma 15W-30 & 15W-50. 15W-30 tu cair dan sesuai untuk kereta kecik macam Kancil, 15W-50 ni untuk kereta power² selalunya. Takat Satria aku tu guna 15W-40 je. Ikutkan mileage kereta dah patut hantar service tapi sebab takde masa dan terdesak, aku angkat je. Bila nya nak hantar service, exam start Isnin depan. Lagipun timing belt dah tukar baru, so boleh bertahan lagi kot seminggu dua ni.
Kena claim kat abah.. (T_T)
Hm lagi satu, aku snap dari tingkap bilik. Sila click untuk zoom:
Lembu di Uniten adalah pelik, kami ada kuda tapi tidak lembu.











