Lama tak update, blog sendiri pun tak masuk sangat, blog orang lain lagi la tak sempat usha. Next 3 weeks dah kena start cram gaahhh.. Final Final!
Anyway here are my few updates:
- I dunno why but since Monday my playlist keep on playing Red Hot Chilli Peppers’ (RHCP). Tetiba terasa nak dengar pastu gi download dan ketagih.
- Masa nak dekat exam ni la baru semangat nak pergi bersukan. Basket la, tennis la, futsal la, swimming.. semua nak main. Habis masa lapang dulu² tu ko buat apa?
- Last week raya rumah Shuk, semalam rumah Nisa & Ayu. Next week InsyaAllah turn Khalil & Fatihah. Rumah Teha tu adalah atas desakan dan paksaan orang ramai. Tetiba plak dia kena hoho.. Takpe kan cik?
- Minggu ni agak penat dan mengantuk. Sangat tension tahan mata dari tertutup time kelas. Macam cikgu Biology aku cakap dulu, benda paling dia benci ialah menahan diri dari terlelap. Betul betul saya sokong! Kena ubah masa tidur mulai sekarang.
- Tadi register subjek untuk semester depan. Sangat tak best sebab tak tahu nak pilih lecturer mana yang available. Last² buat ikut suka, memang suka pun sebab kelas mostly start pukul 10am nanti, tapi akan jadi tak suka sebab dapat lecturer Thermo yang orang kata tak best. Tak best.
- Entah bila nak dapat time slot awal untuk register subject. Apa la sistem Uniten guna ni, walaupun dari segi bestnya kita dapat pilih lecturer & time slot yang kita suka, tapi bagi aku cuma gelabah dan tidak bermakna. Asyik budak Transfer Credit (TC) je dapat register dulu, pastu kitorang dapat saki baki slot subject yang dah basi dan masam. Apa kitorang yang start dari fresh degree ni tidak bermakna di mata anda?
Itu Residence Hotel UNITEN. Takde kaitan dengan cerita
- Kejap kejap.. nak kutuk Uniten lagi walaupun Mr Azree suruh promote, sorry ye sir, saya terpaksa sebab ini blog saya.
- Tak payah la buat sistem online kalau takde sape nak jaga sistem tu. Aku faham orang yang in charge tu cuti kahwin, ambil la semua masa untuk bermesra kemas rumah ke apa tapi yang tinggal tak cuti kat bahagian pengurusan tu tak payah la ikut cuti kahwin jugak.
- Dah la time hujung² ni ramai orang nak settlekan hutang yuran etc, patutnya kaunter tu sentiasa la update dan ramai jaga. Bukan tak boleh bayar awal, kalau orang macam kes aku ni diorang tunggu duit PTPTN. Mara cerita lain pulak. So memang benda ni akan jadi tiap² sem, still pengurusan blur dan tak faham².
- Aku print besar² bank statement tu, niat nak perli, harap dia perasan niat murni aku tu.
- Dah beli phone baru semalam, its 5800XM. Tak payah letak gambar kot sebab semua dah tau rupa dia camne kan. Thanks for the comments guys. Still kekok with the touchy, and segan nak keluarkan untuk type SMS ke apa. lol..
- Aku tak sedar RM19 credit habis untuk mobile surfing semata-mata. Henpon lama dulu guna GPRS je so tak terasa la tolak banyak, ni lupa pulak dah guna 3G, memang sedap la dia makan duit aku. Lesson learnt.
- Now searching for cheap mobile internet package, so far the cheapest is Digi with RM30/month, tapi GPRS. Celcom HSDPA package RM38, no contract with 500mb limit per month. I want to terminate my Maxis broadband now but the contract still got until February, will put it into the phone instead, baru la on the go. Suka hati je ayat itu.
Sekian sahaja ‘few’ updates. Memang dah agak dah akan jadi panjang berjela. Bab merungut aku memang hebat.




