Mata aku macam habuk masuk je-sakit so aku panjangkan la ke blog ni.
- Perlu ke kita buat status sedih, letak emoticon sedih, ataupun asyik tukar status dekat ym setiap 10minit menyatakan kita ni dibenci, kita dalam kesedihan yang teramat?
- Aku selalu jugak buat emoticon atau status macam tu tapi aku tak suka orang kacau aku time tu, dan biasanya either aku akan appear offline atau aku letak status Busy- menandakan memang tanak ada contact langsung for the time being.
- Tapi ada sesetengah orang ni aku rasa memang nak perhatian kot. Ah memang dia suka perhatian pun. Aku kenal dia.
- Asyik tukar staaatus je. Tak habis². Disebabkan aku guna YM10, setiap kali dia ni tukar status, memang akan keluar la kat sudut belah kanan tu muka dia dan status pelik.
- Satu kali aku tak pandang sangat. Dua kali aku tak kisah. Tiga kali mungkin aku rasa dia ni lagging dan asyik dc je. Tapi bila kali keempat ditambah pulak setiap kali muka dia keluar status pun ikut tukar, aku dah rasa menyampah.
- Kau kalau ada problem tak payah la dok tukar status tu setiap masa. Kau keluar pergi carik kawan cerita kat dia, kalau tak nak share pun pergila gurau senda or main game dengan dia ke apa, tapi jangan duduk depan PC. Ko pergi luar makan angin kejap, takpun ko pergi amik air semayang ko solat sunat kejap. Kan lebih mulia.
- Ini tak.. Mungkin kau memang tak bersalah pun sebab tu hak kau. Dan aku yang cari pasal sebab aku yang dok gatal guna YM10 dan benda tu dah setting macam tu, nak buat macam mana pun.
- Oh betul jugak. Hak semua orang. Dia nak attention kan. Mungkin sebab aku dah memang tak suka so benda kecik dia buat pun jadi salah dekat mata aku.
- Ok post ini tidak berguna dan perlu diabaikan. Terima kasih kerana membaca sampai habis.
- Tinggalkan la komen kalau sape² rasa tindakan aku memandang kerek orang macam kat atas tu adalah tidak berpatutan.
P/S: Shooting for Malaysian Studies starts tomorrow. Hab kein box zu gehn. Alles gute aa..
