Suka suki aku je letak versus haha tapi memang betul pun. Soon akan ada function @reply macam dekat Twitter. Contoh status aku type:
“Aku lapar gila wehh! @daus bila nak belanja aku pizza ni?”
akan jadi..:
“Aku lapar gila wehh! Daus Khaidir bila nak belanja aku pizza ni?”
Dan daus akan ditag. Tak pasal² dia akan dapat notification reply dan kena belanja pizza. Rezeki aku la kan.
Sebab aku guna Google Chrome, aku tak dapat disable Facebook quizzes macam Firefox user buat dengan Greasemonkey. Even ada jugak version untuk Chrome iaitu Greasemetal, tapi tak jadi dekat PC aku. Dia asyik crash je. Banyak dah step aku try, link folder sana sini dengan scripts berpandukan tutorial tapi harem tak jalan.
Leaving us Chrome user satu je cara lain iaitu guna Facebook Lite.
Sangat basic, sangat laju untuk load, habis semua apps diorang buang, leaving only important updates for us to see. Takde lagi masalah quiz dok menyemak dekat Facebook korang tu.
Perhatian! Ini untuk users yang bukak Facebook semata-mata untuk usha updates & profile kawan² okay.. Yang join Facebook untuk main game & quiz tu tak payah la guna Facebook Lite ni. Guna je yang biasa tu.
Sebenarnya tak semua orang boleh access Lite version ni sebab masih dalam Beta. Suppose to be on invitation je, tapi sebab ada bug so dapat la kita guna hoho..
Tapi kalau still nak seimbangkan Facebook dan quiz (=..=) guna la script Greasemonkey ni. Click here. 3 simple steps, tak susah langsung. Yang penting cuba dulu, tak dapat baru tanya, orait? Takdenye aku nak share link yang ada virus ke trojan ke hape.
Notes:
- Notification emails still akan masuk dalam inbox macam biasa, aku rasa.. secara logiknya lah.
- So kalau kita kena tag tu, ada la notification.
