Sunday, August 23, 2009

Jom main Twitter pulak


Quote dari Wiki:

Twitter is a free social networking and micro-blogging service that enables its users to send and read messages known as tweets. Tweets are text-based posts of up to 140 characters displayed on the author's profile page and delivered to the author's subscribers who are known as followers.

twitter1

Dulu aku agak tak suka benda Twitter ni. Sebabnya? Agak mengada-ngada dan ntah pape ntah. Kenapa kena bagi tau orang apa kita tengah buat? Sape je yang nak baca? Camtu la lebih kurang aku rasa dulu. Ala macam Facebook status tu. Lebih kurang la konsep Twitter ni.

Tapi tup tup aku jugak yang main. Kalau setakat guna Twitter untuk update status je aku rasa baik kita stick to Facebook. Kat situ lagi sesuai. Tapi aku dah mula anggap Twitter ni lebih daripada tu.

twitnews

New stuff in town macam gadgets, news, traffic reports, events, weather forecast, advertisement.. Semua kita boleh tau selagi kita follow Twitter account orang yang berkenaan. Dan yang paling penting updates tu adalah yang paling pantas kalau nak bandingkan dengan TV, radio, paper or even main websites. Biasanya diorang ni akan tweet dulu, then baru la nak bagi tau kat paper and so on.

Next is about sharing. Aku selalu lompat² blog (orang puteh kata blog walking). Then kalau aku suka blog tu aku akan follow, tak pun aku letak link dia dekat blog aku. Tapi kalau aku tertarik dengan cerita/isi entry orang tu dan nak kongsi, agak susah kalau setakat copy paste link then post dekat ym status atau Facebook. Daripada apa yang aku tengok, orang jarang click and kalau diorang click pun, yang tau pasal benda tu cuma mereka yang dalam friend list je.

retweet

Twitter ada few functions untuk memudahkan share info. Salah satunya ialah retweet (RT). RT ni berfungsi untuk forward tweet seseorang supaya dapat diterima oleh follower kita. Oleh sebab Twitter message (tweet) ni terhad kepada 140 words je, diorang ada function untuk memendekkan URL. So untuk share link website yang panjang berjela tu tak la sesusah mana.

Aku suka hantar random message secara bundle dekat member². Contohnya macam hari tu kitorang ada main pantun bongok thru SMS. Bayangkan kalau ada 5 kawan yang join merepek sekali, tak ke kita kena send to all 5 person at once- hanya untuk satu pantun ala-ala Jarjit yang ntah pape tu? Kalau semua orang guna telco yang sama, takpe la.

Solution untuk benda lagha ni: Aku cuma perlu tweet pantun bongok aku sekali, dan kawan² aku akan terima. Untuk reply balik diorang boleh gunakan function reply @, or RT, atau kalau nak private manja² gedik boleh Direct Message DM aku. So kerja merapu raban dah dipermudahkan.

Then lately orang gunakan Twitter untuk cari duit poket lebih. Contohnya macam ChurpChurp service. Company ni akan bayar kita untuk post tweet pasal sesuatu iklan. Bagi aku tak susah pun kalau setakat nak tweet sekali je. Berbanding dengan iklan yang kita letak dekat blog, nak harapkan orang click iklan tu memang la payah.

Berkenaan dengan follower ni, sesiapa je boleh follow aku selagi aku tak set following option to private. So kalau kita nak follow orang² hebat/terkenal macam pemimpin or artis tu no hal je.

Mostly orang tweet guna main website iaitu www.twitter.com. Tapi aku lagi suka guna 3rd party application untuk PC macam DestroyTwitter. Takpun boleh try TweetDeck atau Seeismic, semua ni adalah desktop application. Ala-ala ym cuma ni untuk Twitter. Kalau dapat new tweet dia akan notify.

Banyak lagi kot kegunaan Twitter yang aku tak tahu. Baru je guna tapi dah seronok sebab info masuk tak putus². Ada je benda baru orang kongsi, and temptation untuk click link yang diorang share tu sangatlah tinggi. Cubalah explore benda alah ni seminggu dua, tak rugi pun. Boleh je sebenarnya aku main tweet dengan kawan² bloggers tapi kalau member² real life kita main sekali kan lebih seronok :)

my Twitter: www.twitter.com/nescagraff :P Do follow me yah!

Links:

Twitter Malaysian Celebrities/Artist.

Sources: Mostly retrieved from links above.

About Me

My Photo
  • Malaysian
  • Gadgets
  • Fedora, Ubuntu
  • FC Barcelona + Arsenal (not this season sadly)
  • Anything regarding Samsung Galaxy Nexus (GNex), HTC Desire HD & HTC Wildfire
  • Fast metal core music
  • Favours tau foo fa on hot weather
My updates will be mostly in English and Malay. Understands a lil bit Deutsch. Just giving you an early warning for what's coming :p In case you're seeing alien language in comments; that's Malay :)

P/S: I do believe those who joined Google+ understand the concept of Circle. I might circle/follow you if your contents are to my liking and vice versa. No hard feelings yah?

Total Pageviews