Ni nama dia Tako 2.0 (firmware upgraded by mami).
Walaupun ada orang ingat kuih tako & kuih tepung pelita sama, tapi mereka tak sama tahu! Bezanya?
- Kuih tako ni biasa orang letak dalam daun pandan. Tepung pelita pulak dalam daun pisang (tak secomel tako la sebab pandan lagi kemas dan nampak bersih).
- Pastu tako dibuat guna tepung Hoen Kwe tapi tepung pelita guna tepung beras.
- Texture dia pulak.. Tako ni dia lembut sikit ala² jelly ah (yeke..), kalau kita ceduk dengan sudu dia tak pecah² dan berketul macam tepung pelita.
- Bau Tako wangi lagi sebab dia letak dalam daun pandan kan, pastu rasa ada kelat-kelat sikit.
- Lastly between layers tako tu ada diletakkan sengkuang, takpun letak jagung. Hm.. kalau nak letak smarties atau oreo pun boleyy..
Aku amik dekat google je sebab mak aku tak buat kuih ni
Nak baca ke? Kalau aku letak resipi pun ada ke yang nak try? Mak aku ikut sedap dia je pun buat ni. Kita tengok gambar je la eh? As always- click on the pictures to enlarge.. Terjah!!Pocong?! Hoho sebabnya bila bukak peti ais secara brutal, benda ni akan bergolek jatuh macam pocong. Hahahaha.. Tak sesuai untuk tontonan ibu² mengandung dan yang lemah semangat. 18IM/LS..
Mak aku balut daun pandan ni untuk dijadikan pocong dan disimpan dalam fridge supaya mereka sihat sejahtera. Nak dapatkan pandan ni amat lah susah, kalau nak harapkan rumpun pandan depan rumah aku ni maybe dapat 50 kotak je. Takde cara lain melainkan dengan beli atau mintak dekat orang. Biasanya kalau balik kampung, makcik-makcik aku akan kasi banyak nak mampus, tapi kat Subang ni mana la nak dapat. So kena beli.. Tu pun nasib baik kalau ada.
Aku.. tak reti lipat ni even dah try banyak kali. Lagi bazir ada la sebab terkoyak² je lebey. Mungkin aku terlalu kuat dan macho.. Hoho..
Mencurik sedikit credit mak aku, aku memegang bekas yang dah siap.
Tepung pun display nak seksi.. =.=
Haa bab tabur² sengkuang ni aku reti la. Dengan bottom layer tu.
Top layer ni aku n abah diharamkan daripada terlibat, agaknya getaran tangan lelaki terlalu kuat sampai mengakibatkan ‘bukit’ pada Tako jika degil untuk menuang juga.
Baik murid-murid, itu sahaja untuk kelas hari ini. Jangan lupa homework yang cikgu kasi tadi, siapkan dan hantar esok ok? Babai~
Edit:
Ingin membuat tempahan kuih tako? Mak aku dah ada blog sekarang, info pasal harga, size dan rasa semua ada dekat sini. Kami menanti tempahan anda! Terima kasih :)


25 apples!!:
eh...sy reti buat pocong tu... weeeee......... :D
mak aih laju komen.. baik²~~... hehe
mcm pro je wat kotak tu..klu aku mapos nk wat tu...dahla jari aku besar~ hukhuk...tp mmg terliur la tgk...aku salu jumpa mende ni time bulan posa jeee~
ala daus, bkn ssh sgt. acap tu sj je ckp ssh sbb dye xreti buat lol
ade rupenye kuih tako..ingatkan sumer kuih cam gitu name die kueh pelita! pengetahuan baru utk hari ni.. ala yani tolongla buat!!!!!plisssplisplissss
hahaha eleh jari korang kecik² leh la buat. jari kitorang ni besar. buat penampaq je sedap hehe..
cari la tepung dia kat asia laden. kitorang pernah wat dulu time raya
time acih kerana ajar mcm mana nak buat...bagus2... =p
kini saya sudah tahu....
hahhahah =p
mana de ajar. tunjuk gambar je la cik nisa. pe lagi, pasni tako la pulak
fira...kite fail la bab2 desert ni...ahaha...lgpon resepi tggl kt msia ;p
tako dalam bahasa jepon maksudnye octopus... sj je xde kene mengene!! rindu nk makan sushi :p
U make me hungry -__-"..
hungry? lets eat the little green man hahahaha~
nice nice nice! nak satu..haha! ;D
@krun
yeh? betul la kut. aritu aku g jusco tgk ada sign Tako, gi dekat rupanya food jepun
@just (err)
hahaha sorry about that *eating one*
@daus
*eating one too*
@aliya
sem depan hahaha
[Mungkin aku terlalu kuat dan macho.. Hoho]...please la...........
jgn aa men tampaq2 ni..sat g x mau kawan da baghu hang tau!
[t judha marah]=p
[Mungkin aku terlalu kuat dan macho.. Hoho]...please la........... admit it :P
haha.. letak balik kunci aku!
DUSH!!! kah333x
looking delicious! =D
yep² have a try lol
bile dah tau perbezaan sekarang tak dpt decide suke tako ke pelita. hurm~ kene la ade preference dlm mane2 pun. mcm nak kawen kene ade preference lelaki A over lelaki B. btol tak?
maka dgn ina, eh silap, dgn ini, beta memilih takot..eh silap lg, tako sebagai preference over pelita! *sbb die ade sengkuang kat dlm, bile mkn mcm tergigit2 krup krap setapp..
^_^
ohh, tp preference antara kueh tako dan tako tao, semestinye tako tao!! yaribaa~
isk lene ko tengah cari laki eh? haha kantoi~ laki A mesti lagi kaya dari B, hensem no. 2. hahaha
tako tao yg aku jumpa kat jusco tu.
aku suke sangat kuih ni..letak lam fridge pastu mamam mase sjuk..ahahahah..heaven!
ngehehe..sush gak duk bandar. simpan daun pandan sampai gtu skali ek
yep² makan time sejuk.
tu la pasal. sampai kena balut haha
ko meremindkan aku kat takoyaki! uwaa..gile sedap.. padehal x serupe pon ngan tako ko!hehe
apekah?! hahahha.. aku tak reti makan sushi huhu..
Post a Comment